Memandangkan banyak persoalan tentang beza emas fizikal dengan emas
passbook di sini saya memberi hukum akaun pelaburan oleh
Zaharuddin.net..
Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan
oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah
untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com
Terima kasih.
Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank – Pelaburan di
Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti
emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB
boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja
adakah ianya SAH disegi Islam?
Soalan 2
Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service
1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas
ini.
Dari maklumbalas yang diberikan ialah:
Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.
Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.
Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada
emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian
emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.
Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.
Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru
diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh
kerajaan.
JAWAPAN
Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin
tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah
tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas
yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or
fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.
Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan
pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti
berikut :-
Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia
beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya
apabila harga emas meningkat.
Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas
ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit
kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia
adalah seperti berikut :-
• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam
pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis
transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi
HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di
dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya
elemen ‘Taqabud fil Majlis’ (serah terima dalam satu masa), sebarang
penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.
• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk
membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak
memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya
atau ‘concluded’. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang
menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf’ (hak kebebasan
terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya
padabila-bila masa yang dikehendakinya).
• HALAL DAN SAH :
Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda
mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan
sah. Iaitu :-
a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada
dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas
(yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu
menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya.
Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili
duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas
sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN
HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal
(al-Qabdhu Al-Ma’nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa
dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)
DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua
bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun
pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :
1- JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah
emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi
TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu
jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada
secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank
berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank
tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan
jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.
2- JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja,
dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua
atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian
juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun
yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo
emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang
pertama sahaja yang sah.
3- CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang
dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai,
debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan,
cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam
yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG
menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari? ia adalah tempoh maksimum menurut
‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal’ tercapai, ia adalah fatwa
yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan
ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.
4-
PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila
cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab
simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu
85 gram.
Untuk kira-kira buka di sini.
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak
dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan
kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal
menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau
bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal.
Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala
itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi’ yang
disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam
kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.
KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak
terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula,
akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim
pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan
tanda tanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini
kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya
berada di perantauan.
Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya
utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan
tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua
persoalan di atas telah LULUS.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
22 Oktober 2008
Public Bank
Eligibility |
• |
Individuals (resident or non-resident) aged 18 years and above. |
• |
Personal or joint |
|
Minimum Initial Purchase |
10gms |
Minimum Balance in the Account |
2gms |
Minimum Subsequent Purchase/ Sale |
5 grams and must be in multiple of 1 gram |
Gold Purchase |
• |
Gold purchase will be based on the Bank’s prevailing gold SELLING price quoted in RM per gram. |
• |
The mode of payment accepted for purchase of gold are :
- cash
- debiting of account
- house cheque |
• |
No physical gold deposit is allowed. |
|
Gold Sale/ Withdrawal |
• |
Gold sale will be based on the Bank’s prevailing gold BUYING price quoted in RM per gram. |
• |
Withdrawal options available are :
- Cash
- Crediting of account
- Collection of physical gold withdrawal at selected branches |
|
Account Opening Requirement |
Customer is required to maintain
either a savings account or current account prior to opening a GIA to
facilitate the debiting of service fee, if any. |
Service Fee |
An annual fee of RM10 will be levied
on the designated deposit account on the first day of the calendar year
if the account balance is below 10gms as at year end. |
Online Gold Trading via PBeBank.com |
• |
Available from 9.30 a.m. to 4.45 p.m., Monday to Friday
when the Bank is opened for business in the Federal Territory of Kuala
Lumpur. |
• |
Gold purchases and sales are offered at a discounted price. |
• |
Registration of GIA for PBeBank.com online banking service is required. |
• |
Transaction Limit:
Minimum |
5 grams per transaction |
Maximum |
RM50,000 equivalent per GIA account per day for both gold purchases and sales. |
|
|
|
Terms and conditions apply.
Not insured by PIDM.
Source: Public Bank
Maybank Gold Investment
CIMB Gold Investment
Source:
CIMB
PIDM is stand for Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, a
Government agency established to managed the Deposit Insurance system in
Malaysia.
Ringkasan – PIDM adalah singkatan kepada Perbadanan Insurans Deposit
Malaysia, iaitu sebuah agensi Kerajaan yg berfungsi utk memberi
perlindungan kepada penyimpan di bank sekiranya bank gagal utk membayar
semula wang deposit kepada penyimpan, e.g. bankrap. Bank-bank yg diberi
jaminan adalah bank2 yg berlesen dibawah akta BAFIA dan IBA, dan juga
bank asing. Senarai institusi-insitusi kewangan berlesen boleh didapati
disini,
List of licensed financial institutions
What is Deposit Insurance?
Deposit insurance is a system that protects depositors against the
loss of their insured deposits placed with banks in the unlikely event
of a bank failure. It is established by the Government to enhance the
consumer protection framework and promote financial system stability. It
is not related to or managed by general or life insurance companies.
Generally, it is a Government sponsored scheme, although in certain
countries it is sponsored by the banks.
The deposit insurance system in Malaysia was launched in September
2005 and is managed by Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). PIDM
is a Government agency established under the Akta Perbadanan Insurans
Deposit Malaysia 2005.
Benefits to depositors
- Deposit insurance protection is automatic
- PIDM protects depositors holding deposits with banks
- There is no charge to depositors for deposit insurance protection
- Should a bank fail, PIDM will promptly reimburse depositors on their deposits
Benefits to the financial system
- PIDM promotes public confidence in the Malaysian financial system by protecting depositors against the loss of their deposits
- PIDM reinforces and complements the existing regulatory and
supervisory framework by providing incentives for sound risk management
in the financial system
- PIDM minimises costs to the financial system by finding least cost solutions to resolve troubled banks
- PIDM contributes to the stability of the financial system by dealing
with bank failures expeditiously and reimbursing depositors promptly
With the introduction of a deposit insurance system in Malaysia,
depositors receive protection for their deposits under the law.
Depositors will know how and when reimbursement of their deposits will
be made in the event of a bank failure.
Deposit insurance is recognised internationally as an important
component of a country’s financial safety net and has been implemented
in some 100 countries around the world.
source:
http://www.pidm.gov.my
Ihsan dari : admin www.publicgoldsarawak.com