Tuesday 10 January 2012

Artikel : Dinar Kelantan & Public Gold, Mana Lebih Baik?

Sumber dr Mohd Zulkifli Shafie


Saya dapat email dari seorang pembaca berkenan dua artikel saya sebelum ini bertajuk "Dinar Kelantan vs Dinar Public Gold" dan "Dinar Kelantan No. 1, Dinar PG No. 2" yang mungkin boleh mengelirukan. Antara dua jenis dinar tersebut, yang mana lebih baik?

Jawapan ringkas saya;

Kelebihan Dinar Public Gold

Kelebihan #1: Dinar PG lebih baik disebabkan spreadnya rendah iaitu lebih kurang 6% sahaja berbanding Dinar Kelantan yang spreadnya sekitar 10%. Ini bermaksud, keuntungan Dinar PG LEBIH CEPAT berbanding Dinar Kelantan. Jika kenaikan harga emas sebanyak 11%, maksudnya pembeli Dinar PG dah dapat untung sebanyak 5% (11% - 6%) sedangkan pembeli Dinar Kelantan cuma untung 1% (11% - 10%).

Rule ni relevan HANYA JIKA anda menjualnya balik pada PENGELUAR dinar tersebut, bukan pada pembeli di luar i.e. sesiapa individu yang nak beli melalui facebook, kawan-kawan dsb. Kalau jual pada pembeli di luar, rule ini tak terpakai. Jual beli pada pembeli di luar adalah bergantung pada DEMAND.

Kelebihan #2: Dinar PG lebih murah berbanding Dinar Kelantan. Ikut pada pemerhatian saya, harga Dinar PG sekitar 6% atas spot price (harga di graf emas), tetapi Dinar Kelantan sekitar 12% atas spot price. Lagi murah harga emas tu, lagi bagus sebab kita boleh beli kuantiti lebih banyak dengan nilai pelaburan yang sama.

Perbezaan antara "spot price" dengan harga jualan dipanggil "premium". Lagi tinggi premium, lagi tinggi lah harga emas. Lagi tinggi harganya, lagi sikitlah emas yang kita boleh beli. Untuk makluman sahabat, tak ada pengeluar emas yang jual dengan harga spot. Hanya emas 'atas kertas' macam Gold Saving Akaun jer yang jual emas pada harga spot. Sebabnya, emas fizikal ada kos tambahan seperti upah pekerja, proses minting, pengangkutan dsb.

Kelebihan #3: Dinar PG sentiasa ada stok walaupun harga emas jatuh. Kita boleh beli Dinar PG pada bila-bila masa dan di mana sahaja hampir seluruh Malaysia tak kira masa harga rendah ataupun tinggi. Ini disebabkan ia dikilangkan sendiri oleh PG di Penang, dan cawangan serta dealernya terlalu banyak di Malaysia.

Berbanding Dinar Kelantan yang selalu tak ada stok especially masa harga emas jatuh. Ini disebabkan Kelantan Golden Trade (KGT) terpaksa order dari Dubai. Lagi satu, 'dealer' Dinar Kelantan membelinya secara pukal, dan menjualnya bila harga lebih tinggi. Bila harga jatuh, biasanya mereka akan hold stok tu. So, ia rugi untuk pembeli (pelabur).

Kelebihan Dinar Kelantan

Dinar Kelantan lebih baik dari sudut DEMANDnya berbanding Dinar PG. Maksudnya, bila anda nak jual balik, ia lebih cepat dapat pembeli individu berbanding Dinar PG. Bila jual direct pada pembeli individu di luar e.g. menjual melalui facebook atau kawan-kawan, biasanya kita boleh dapat harga yang jauh lebih baik berbanding jual pada pengeluar. Kalau jual pada pengeluar, dia akan ambil kira SPREADnya (harga jual beli mengikut carta yang dikeluarkan), tapi kalau jual pada pembeli persendirian, spread tak diambil kira. Dinar Kelantan sangat famous dikalangan pembeli individu untuk dijadikan hantaran, mas kahwin ataupun koleksi sebab designnya sangat halus, cantik dan ada ukiran kalimah syahadah.

Kesimpulannya; 
  • Kalau tak nak susah-susah cari sendiri buyer bila nak jual balik dinar tu nanti, saya nasihatkan beli Dinar PG sebab ia lebih cepat dapat untung. Harga nak jual balik nanti boleh terus semak di carta yang dikeluarkan oleh pengeluar i.e. Public Gold dan Ar-Rahn Kelantan.
  • Tapi kalau rasa nak CARI PEMBELI SENDIRI untuk dapat lebih untung (melalui facebook atau tanya kawan-kawan) instead of jual pada pengeluar, saya nasihatkan beli Dinar Kelantan. Dua jenis dinar ni semuanya bagus untuk investment.
  • Dinar Kelantan lebih tinggi permintaannya sebab ia dinar paling cantik di Malaysia. Sekali tengok, mesti jatuh hati. Lagi pun, pengeluarnya ialah Kerajaan Negeri Kelantan, bukan syarikat persendirian seperti Public Gold. Dinar Kelantan lebih kepada nilai sentimental, tetapi dinar PG pure atas dasar investment.
Mudah-mudahan jawapan saya di atas sedikit sebanyak membantu pelabur emas. Jika ada apa-apa persoalan, boleh jer email atau call saya terus. InsyaAllah, saya bantu setakat yang boleh.

Wallahu a'lam.
Zulkifli
Damansara Heights
18 Julai 2011
17 Sya'ban 1432

Catatan: Spread adalah nilai diskaun yang ditetapkan oleh pengeluar emas. Lagi tinggi nilai spread, lagi lambat dapat untung sesuatu produk emas tersebut. Harga jualan balik akan mengikut harga semasa ditolak dengan nilai spread yang ditetapkan. Produk emas yang paling tinggi nilai spreadnya ialah barang kemas. Spreadnya boleh mencecah 25%!
 
Artikel : http://www.mohdzulkifli.com/2011/07/dinar-kelantan-public-gold-mana-lebih.html

No comments:

Post a Comment