Masa emas 20 gram harga RM3,150 takut
nak beli, tapi bila harga dah melepasi RM3,700, baru kelam kabut nak
beli. Itulah yang saya perhati kebanyakkan sikap yang orang baru
berjinak-jinak dengan emas. Nak tengok bukti harga emas naik dulu, baru
nak beli. Padahal, gold historical price kita boleh cek bila-bila masa
di www.kitco.com. Bahkan sejarah harga emas sejak 30 tahun lepas pun boleh tengok. Itulah dia buktinya.
Dan ramai juga bila saya cerita
pasal emas, mereka ingat saya nak berniaga, nak ambik untung atas kawan.
Padahal, itu semua untuk kebaikan dia. Tak nak beli dengan saya pun tak
apa, beli lah dengan dealer lain. Tapi ambik la masa sikit untuk faham
pentingnya simpan emas. Kalau tak penting, Kerajaan Kelantan tak akan
keluarkan dinar emas pertama di Malaysia walaupun dapat banyak tentangan
daripada kerajaan BN sejak tahun 2006 lagi.
Akibat Tunggu Harga Paling Rendah
Keduanya, yang paling ramai
ialah yang nak tunggu harga emas jatuh baru nak beli! Ramai yang pesan
pada saya "Nanti harga emas turun bagi tahu yer..". Tapi bila harga emas
turun, ramai yang tak nak beli emas sebab takut turun lagi. Akhir
sekali, masa emas memuncak macam hari ni (i.e. 9 Ogos 2011, harga emas
melapasi USD1,750 seauns), baru ramai kelam-kabut nak beli emas, sebab
takut emas naik lagi.
Lepas dah 11 bulan jadi dealer
emas ni, kalau orang tanya saya bila masa terbaik beli emas? Jawab saya,
bila ada duit yang tak pakai dalam masa setahun. Daripada duit tu
terbiar dimakan inflasi 10% setahun, lebih baik simpan emas yang purata
kenaikannya 20% setahun.
Jangan tunggu harga
paling rendah sebab technical analyst paling pakar pun tak dapat buat
ramalan tepat turun naiknya harga emas. Saya pernah ada
pengalaman dah. Masa harga emas turun pada Januari 2011 (Hari Raya
Cina), saya jual semua emas saya sebab menurut pakar analisis harga
emas, emas akan turun banyak lagi. Masa tu, harga gold bar 20g RM2,980.
So, saya jual kesemuanya sekitar RM2,980 - RM3,000. Habis...
Faktor 'Fundamental' Tak Siapa Boleh Jangka
Lepas raya Cina, berlaku
pergolakan di Mesir dan Timur Tengah! Harga emas tak jadi turun. Ia
terus, naik, naik, dan naik! Saya pun panik, dan dapat beli balik pada
harga RM3,100. Saya rugi 4% (RM800 kesemuanya)! Saya terkena. Kononnya
nak manipulate naik turun harga emas, tapi rugi... Nasib baik saya
adalah dealer emas, kerugian tu dapat cover balik dengan komisyen jualan
emas.
Satu pelajaran yang saya dapat. Jangan
bermain dengan turun naik harga emas sebabnya analisis teknikal akan
tersasar bila berlaku fundamental factor yang luar jangka
seperti pergolakan Mesir dan timur tengah (Februari 2011), bencana alam
seperti tsunami dan letupan stesen janakuasa nuklear di Fukushima
(Jepun, Mac 2011) dsb. Bila semua tu berlaku, orang akan selamatkan
kekayaan mereka dengan membeli emas dan harga emas akan melambung. Saya
cuma perlu yakin, harga emas akan naik dalam jangka panjang. Paling
kurang pun, 10 tahun lagi. Ini berdasarkan sejarah harga emas 1960 -
1980.
Dan faktor yang sangat pasti,
matawang USD semakin lemah disebabkan krisis hutang Amerika Syarikat dan
Negara Eropah. Bila negara-negara tu 'bangkrap', orang tak nak pakai
dah duit kertas USD! Orang akan selamatkan kekayaan mereka kepada duit
yang paling stabil dalam sejarah manusia iaitu emas!
Masa Terbaik Membeli Emas
So, lepas setahun perhati naik jatuh harga emas, saya tak berani buat andaian bila harga naik, bila harga turun. Nasihat saya, kalau ada duit yang tak pakai dalam masa setahun, belilah emas. Daripada simpan duit, lebih baik simpan emas.
Jadikan emas sebagai sandaran kepada duit sebagaimana yang dibuat oleh
negara-negara di dunia sebelum tahun 1971 dulu. Setiap duit kertas yang
nak dicetak, mereka akan sandarkan kepada emas.
Wallahu a'lam.
Cara LOCK harga klik Cara Lock Price dengan PG
E-mail: azeqnda505@gmail.com
No comments:
Post a Comment