KUALA LUMPUR: Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya
sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar AS
yang semakin merosot.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya
berkata, nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai
digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding dolar Amerika.
“Emas memiliki nilai pertukaran yang lebih baik berbanding nilai tukaran wang kertas.
“Sebelum ini, AS$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun
emas bersamaan AS$1,400. Ini bermakna dolar AS sudah merosot. Inilah
masalah yang dihadapi oleh mata wang yang nilainya merosot dengan pantas
dan banyak tapi emas tiada susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda
membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai
sebenarnya,” katanya.
“Saya akan terus menyarankan penggunaan emas dalam perdagangan antarabangsa dan emas juga adalah mod simpanan terbaik,” katanya kepada selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Kedua (2LIFE) di Kuala Lumpur, kelmarin.
Sumber : Harian Metro
E-mail: azeqnda505@gmail.com
No comments:
Post a Comment