Wednesday 8 February 2012

Ekonomi 2012 sangat kritikal


KUALA LUMPUR 6 Feb. – Ketidaktentuan ekonomi global tahun ini ditambah dengan keputusan berhubung dasar-dasar yang sukar, dijangka menjadikan tinjauan hadapan 2012 sangat kritikal terutamanya yang membabitkan negara-negara seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice berkata, permulaan bagi tahun 2012 adalah lebih buruk berbanding awal tahun lalu yang di mana Eropah masih belum mampu menyelesaikan masalah hutangnya dan ia dijangka diheret kepada kemelesetan.

Dengan itu, menurut beliau, Standard Chartered memperkenalkan strategi yang dipanggil VIP bagi mengemudi ekonomi di dalam iklim yang tidak menentu ini.

VIP yang terdiri daripada akronim kemeruapan, inflasi dan bayaran merangka strategi bagi membolehkan setiap kemeruapan diuruskan dengan baik, menghalang inflasi dan terakhir adalah memastikan setiap pelaburan mendapat bayaran ataupun pulangan.

Mengulas lanjut, Brice berkata, pasaran pada tahun ini sangat tidak menentu selain ditentukan oleh polisi, sebarang perubahan terhadap polisi akan mendorong kenaikan atau penurunan pasaran.

Katanya, portfolio yang boleh mengurangkan risiko negatif perlu direka dan pada masa sama pelabur perlu meneruskan pendedahan yang mencukupi bagi membantu pemulihan semula.

“Ini termasuk strategi alternatif yang membenarkan pengurus dana untuk memilih pelaburan jangka panjang dan pendek kerana kemeruapan yang diurus dengan baik adalah kunci utama bagi memulihkan semula ekonomi,” katanya.

Kumpulan pelaburan yang menjadi pilihan beliau adalah ekuiti, komoditi dan bon yang mempunyai pulangan tinggi.

Tambah Brice, bagi mengekang inflasi pula, emas dan ekuiti emas kekal sebagai pelaburan pilihan bank tersebut untuk mengurus ancaman kehilangan kuasa beli.

Ini kerana menurut beliau, inflasi sering menjadi ancaman kepada penyimpan.

Di bawah strategi ketiga iaitu mendapatkan pulangan, Brice mencadangkan agar pelabur mempelbagaikan pelaburan yang menjadi kunci utama kejayaan pelaburan pada tahun ini.

Beliau juga melihat pelaburan yang dijana tunai seperti ekuiti yang membayar dividen tinggi serta bon dengan hasil tinggi sebagai pilihan kerana ia mampu memberi prestasi positif ketika pertumbuhan ekonomi perlahan sekali gus memberi peluang kepada pelabur untuk menikmati faedahnya.
 
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0207&pub=utusan_malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm&arc=hive

Sunday 5 February 2012

ARKIB : Harga emas dunia dijangka meningkat

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari ini.
Seorang penjual di sebuah kedai emas di Tokyo menunjukkan kepingan emas yang menyaksikan harganya semakin meningkat di pasaran dunia. - AFP

Harga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.
Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan peningkatan permintaan daripada China dan India.

Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.

Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.

Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.

Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.

Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.

Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.

Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.

Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.

Sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Thursday 2 February 2012

Artikel : Labur emas mengikut syariah


Umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan. - Gambar hiasa
 
 EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.

Teks al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya: Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-'Imran: 75)

Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-'Imran: 14 dan 91, al-Nisa': 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.

Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Ini dibuktikan dengan kenaikan harga emas daripada RM1,740.65/per aun kepada RM5,890.93/per aun, iaitu kenaikan sebanyak 238 peratus harga emas dalam tempoh lima tahun (2006 hingga 2011) atau secara purata kenaikan setahun adalah 48 peratus.

Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.

Dalam sebuah hadis daripada Syahib bin Garqadah berkata: Saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu dinar kepadanya agar dibeli seekor kambing untuk beliau, lalu dengan wang satu dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya 'Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung. (riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menjelaskan harga seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW lebih kurang satu dinar. Agak menarik, kestabilan harga emas terbukti dengan harga seekor kambing pada zaman kini juga lebih kurang RM750 atau satu dinar (bersamaan nilaian 4.25 gram emas).

Namun, akibat pelbagai hambatan ekonomi dunia fungsi dinar emas kini telah berubah kepada suatu komoditi yang diniagakan.

Perubahan landskap ekonomi dunia juga menimbulkan keghairahan di kalangan umat Islam di negara kita untuk melakukan urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti siling, jongkong, barang kemas atau dalam bentuk akaun pelaburan emas.

Situasi ini menyebabkan kadang-kadang menyebabkan masyarakat yang lupa batas-batas syariah berkaitan urus niaga emas, terutama terjebak dengan amalan riba yang haram dan dikutuk dalam Islam, tidak memenuhi syarat kontrak dan sebagainya.

Mengikut muamalat Islam, urusniaga jual beli emas adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf, iaitu jual beli mata wang. Maksudnya, kita membeli atau menjual emas dengan menggunakan mata wang seperti ringgit atau dolar.

Secara umum, urus niaga emas hendaklah memenuhi syarat utama kontrak al-Sarf yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam riwayat oleh 'Ubadah bin al-Samit: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika berlainan jenis, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad).

Hadis ini menjelaskan syarat transaksi emas dengan mata wang iaitu:
n Serahan (qabd) barangan emas dan harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki (serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan mengendali/tasarruf ke atas emas oleh pembeli).

Serahan harga oleh pembeli pula boleh berlaku melalui pembayaran tunai, cek, kad debit atau kad kredit. Serahan ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal, khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau emel.

Serahan barangan emas dan harga hendaklah berlaku secara on the spot tanpa ada sebarang tempoh penangguhan masa. Justeru, pembelian emas secara bayaran ansuran atau hutang tidak dibenarkan syarak.

Walaupun begitu, kontrak jual beli emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh matang seperti tiga hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut hinggalah penjual mendapat bayarannya.

Apabila mendapat bayaran, kontrak akan berlaku dan penjual hendaklah menyerahkan emas kepada pembeli serta merta.

Suatu perkara yang penting dalam jual beli emas adalah berkaitan lock price (kunci harga), iaitu pembeli meletakkan perjanjian (wa'd) untuk membeli atau menjual pada harga tertentu.

Maksudnya, walaupun harga emas naik atau turun, pembeli dapat membelinya dengan harga yang telah dikunci tersebut.

Berhubung dengan perkara ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah memberikan panduan seperti berikut:
Wa'd boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa'd dari sebelah pihak dan bukannya muwa'adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa'd dalam konteks ini adalah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu.

Perjanjian pembelian ini dinamakan 'kunci harga'. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

Selain itu, terdapat beberapa syarat-syarat lain terutama tentang fizikal emas dan harga yang mesti diambil berat oleh pelabur-pelabur emas, antaranya :

l Emas hendaklah wujud, dimiliki penuh oleh penjual dan boleh diserahkan kepada pembeli sekurang-kurangnya dalam tempoh uruf (kebiasaan);

l Emas hendaklah diketahui sifat fizikal, timbangan berat dan ketulenannya sama ada melihat sendiri fizikalnya atau melalui contoh pesanan.

l Nilai harga emas hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli.

l Kontrak jual beli hendaklah dilakukan atas dasar persetujuan dan keredaan, tanpa wujudnya sebarang paksaan, tipu helah atau sebarang penyembunyian keaiban.

Akhirnya, perlu diingatkan bahawa umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan


Jika terlibat dalam pelaburan emas yang menjanjikan bahagian sementara. Seharusnya kita tidak terjebak dengan amalan yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan sebagainya.

Thursday 26 January 2012

Akaun Pelaburan Emas – Public Bank, CIMB and Maybank Not Insured By PIDM

Assalamualaikum dan salam sejahtera……
Memandangkan banyak persoalan tentang beza emas fizikal dengan emas passbook di sini saya memberi hukum akaun pelaburan oleh Zaharuddin.net..

Hukum Akaun Pelaburan Emas di Bank Malaysia

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
 
Soalan 1
Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.

Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank – Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?

Soalan 2
Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:
Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.
Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.
Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.
Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.
Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.

JAWAPAN
Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.

Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-
Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.
Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis’ (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded’. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf’ (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

• HALAL DAN SAH :
Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-

a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.

b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma’nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)

DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

1- JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

2- JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.
3- CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.

Mengapa 3 hari? ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal’ tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

4- PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini. 
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi’ yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tanda tanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.
Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
22 Oktober 2008


Public Bank
Eligibility
Individuals (resident or non-resident) aged 18 years and above.
Personal or joint
Minimum Initial Purchase 10gms
Minimum Balance in the Account  2gms
Minimum Subsequent Purchase/ Sale 5 grams and must be in multiple of 1 gram
Gold Purchase
Gold purchase will be based on the Bank’s prevailing gold SELLING price quoted in RM per gram.
The mode of payment accepted for purchase of gold are :
- cash
- debiting of account
- house cheque
No physical gold deposit is allowed.
Gold Sale/ Withdrawal
Gold sale will be based on the Bank’s prevailing gold BUYING price quoted in RM per gram.
Withdrawal options available are :
- Cash
- Crediting of account
- Collection of physical gold withdrawal at selected branches
Account Opening Requirement Customer is required to maintain either a savings account or current account prior to opening a GIA to facilitate the debiting of service fee, if any.
Service Fee An annual fee of RM10 will be levied on the designated deposit account on the first day of the calendar year if the account balance is below 10gms as at year end.
Online Gold Trading via PBeBank.com
Available from 9.30 a.m. to 4.45 p.m., Monday to Friday when the Bank is opened for business in the Federal Territory of Kuala Lumpur.
Gold purchases and sales are offered at a discounted price.
Registration of GIA for PBeBank.com online banking service is required.
Transaction Limit:
Minimum 5 grams per transaction
Maximum RM50,000 equivalent per GIA account per day for both gold purchases and sales.

Terms and conditions apply.
Not insured by PIDM.
Source: Public Bank 
Maybank Gold Investment



 Source: Maybank
CIMB Gold Investment


Source: CIMB 

PIDM is stand for Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, a Government agency established to managed the Deposit Insurance system in Malaysia.
Ringkasan – PIDM adalah singkatan kepada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, iaitu sebuah agensi Kerajaan yg berfungsi utk memberi perlindungan kepada penyimpan di bank sekiranya bank gagal utk membayar semula wang deposit kepada penyimpan, e.g. bankrap. Bank-bank yg diberi jaminan adalah bank2 yg berlesen dibawah akta BAFIA dan IBA, dan juga bank asing. Senarai institusi-insitusi kewangan berlesen boleh didapati disini, List of licensed financial institutions

What is Deposit Insurance?
Deposit insurance is a system that protects depositors against the loss of their insured deposits placed with banks in the unlikely event of a bank failure. It is established by the Government to enhance the consumer protection framework and promote financial system stability. It is not related to or managed by general or life insurance companies. Generally, it is a Government sponsored scheme, although in certain countries it is sponsored by the banks.
The deposit insurance system in Malaysia was launched in September 2005 and is managed by Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). PIDM is a Government agency established under the Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005.
Benefits to depositors
  • Deposit insurance protection is automatic
  • PIDM protects depositors holding deposits with banks
  • There is no charge to depositors for deposit insurance protection
  • Should a bank fail, PIDM will promptly reimburse depositors on their deposits
Benefits to the financial system
  • PIDM promotes public confidence in the Malaysian financial system by protecting depositors against the loss of their deposits
  • PIDM reinforces and complements the existing regulatory and supervisory framework by providing incentives for sound risk management in the financial system
  • PIDM minimises costs to the financial system by finding least cost solutions to resolve troubled banks
  • PIDM contributes to the stability of the financial system by dealing with bank failures expeditiously and reimbursing depositors promptly
With the introduction of a deposit insurance system in Malaysia, depositors receive protection for their deposits under the law. Depositors will know how and when reimbursement of their deposits will be made in the event of a bank failure.
Deposit insurance is recognised internationally as an important component of a country’s financial safety net and has been implemented in some 100 countries around the world.
source: http://www.pidm.gov.my
Ihsan dari : admin www.publicgoldsarawak.com

LINK

http://www.publicgold.com.my/v1/
http://www.kitco.com/
http://www.goldprice.org/

Tuesday 17 January 2012

Artikel : Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020


2012/01/17

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.

Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh
Sumber : Berita Harian Online
AHMAD FARIDZAM BIN TOKIJAN
Public Gold Dealer (PG015214)
013-8184030
E-mail: azeqnda505@gmail.com

Monday 16 January 2012

Artikel : Dinar Emas lebih berkuasa berbanding senjata nuklear

Seperti yang diketahui, AS mempunyai hutang awam dan persendirian yang sentiasa berganda sejak 1995. Pada 2003 hutang berkenaan berjumlah A$34 trilion (AS$34,000,000,000,000) atau RM124,000,000,000,000). Hutang di AS berkembang lebih pesat berbanding pendapatan.

Rakyat Amerika mampu hidup mewah melebihi kemampuannya bukan disebabkan ketekunan mereka bekerja tetapi mereka bergantung kepada mata wang dolar mereka. Selagi seluruh dunia mempunyai keyakinan terhadap dolar sebagai matawang rizab dunia, selagi itulah mereka hidup bermewah-mewah.
Jika seorang pekerja bekerja dan menyimpan titik peluhnya dalam bentuk matawang, ianya tidak selamat kerana mudah di spekulasikan. Contohnya bulan ini RM30 mungkin boleh membeli seguni beras, setelah dispekulasikan mungkin nilainya sekadar separuh guni beras sahaja. Begitulah cara sistem dunia mengaut keuntungan dan mencuri titik peluh seseorang.

Sebagai jalan selamat, kita perlu menggunakan Dinar Emas. Umat Islam boleh mencapai banyak kejayaan, jika menggunakan dinar emas Islam sebagai matawang untuk perdagangan antarabangsa. Dinar emas tidak mudah untuk dispekulasikan menjadikan pihak Barat sukar untuk mencuri titik peluh 1.5 bilion umat Islam. Kekayaan umat Islam boleh disatukan dalam satu matawang sendiri.

Dinar emas sebenarnya lebih berkuasa berbanding senjata nuklear, kerana dinar emas mampu meranapkan dan meruntuhkan mana-mana empayar yang sombong dan angkuh seperti AS. Sebagai contohnya Kesatuan Soviet tidak tumbang melalui peperangan tetapi melalui senjata ekonomi oleh AS. Masalahnya 50 negara Islam ini belum mampu lagi bersatu. Negara -negara Arab masih lagi setia kepada Amerika. Arab Saudi adalah negara kaya dengan sumber semula jadi dan mempunyai dana yang banyak, malangnya dana itu digunakan untuk mengukuhkan dolar AS. Mereka inilah yang menjadi masalah kepada umat Islam.

Tindakan AS memberi bantuan dan pinjaman kepada negara-negara Arab membelenggu kebebasan mereka. Sikap para pemimpin Arab yang terlalu tamak dengan kuasa dan material mengakibatkan dunia Islam sukar membuat keputusan untuk kepentingan bersama.

Mesir boleh dijadikan contoh di mana AS berjaya melunturkan negara yang dianggap penting dalam Liga Arab hanya dengan bantuan sebanyak AS$2 billon setiap tahun.

Sungguhpun bangsa Arab dikebali dengan sifat degil tetapi perasaan takut kehilangan kuasa dan kekayaan mengalahi segala-galanya. Pemimpin-pemimpin negara Arab Saudi, Mesir, Qatar, Kuwait, Jordan dan Maghribi adalah penyokong kuat AS. Mereka menjadi masalah kepada umat Islam terutama dalam membuat keputusan.

Kita harus membebaskan diri dari cengkaman AS. Seperti yang diketahui, AS adalah negara yang banyak mencaturkan politik dunia. Di Afganistan contohnya, setelah kejatuhan Taliban terdapat usaha untuk merosakkan generasi muda Afghan. Penyebaran VCD lucah berleluasa, gejala penagihan arak dan kemudahan penanaman ganja yang tidak terkawal. Mereka juga mewujudkan pub-pub dan kafe siber yang membekalkan bahan-bahan lucah untuk meruntuhkan akhlak generasi muda Afganistan.
 
Kemelaratan hidup penduduk di negara Afrika juga berpunca dari mereka. Sebenarnya negara-negara Afrika boleh berkembang dan maju seperti negara lain. Dasar Barat terhadap Afrika menyekat ianya berlaku. Ini kerana mereka ingin membenarkan sistem perhambaan oleh nenek moyang mereka dahulu, bagi memperlihatkan kepada dunia bahawa generasi Afrika di Barat lebih beruntung berbanding di tempat asal mereka.

Kesimpulannya Negara -negara Islam perlu menyokong penggunaan Dinar Emas kerana ia lebih berkuasa daripada senjata nuklear. Penggunaan Dinar Emas juga dapat memajukan dan membebaskan ummah dari belenggu kemiskinan. Masalah utama untuk merealisasikan Dinar Emas adalah rasuah politik negara Barat. Pemimpin-pemimpin negara Barat perlu membebaskan diri dari rasuah politik kerana ia adalah kesenangan yang bersifat sementara. Sejarah telah membuktikan sekatan ekonomi AS telah memajukan Iran, dan sejarah juga telah membuktikan mereka yang menerima rasuah politik dari Barat hidup dalam kehinaan.

Sumber : HarakahDaily.net

AHMAD FARIDZAM BIN TOKIJAN
Public Gold Dealer (PG015214)
013-8184030
E-mail: azeqnda505@gmail.com

Artikel : Emas kini pelaburan pilihan

PERSEKUTUAN Persatuan-Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia (FGJAM) yakin akan terus menikmati pertumbuhan dua digit menjelang akhir tahun ini sama seperti dinikmati pada 2011.
Presidennya, Ng Yih Pyng berkata, emas tidak lagi terhad sebagai barangan perhiasan sebaliknya menjadi medium pelaburan jangka panjang yang lebih menjamin.

“Emas semakin mendapat perhatian di kalangan pengguna namun bukan sebagai produk perhiasan sebaliknya sebagai medium pelaburan khususnya dalam bentuk jongkong dan kepingan.
“Malah, kami melihat trend ini akan berterusan yang dijangka memberi sumbangan memberangsangkan kepada industri,” katanya di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurutnya, rekod penjualan emas sehingga September 2011 mencatatkan pertumbuhan dua digit walaupun harga emas meningkat sehingga RM200 satu gram.

“Bagaimanapun, harga emas tidak dapat ditentukan untuk terus kekal pada harga tinggi atau akan mengalami kemerosotan. Namun, seperti komoditi lain, walaupun harganya merosot, ia akan kembali meningkat dalam tempoh tertentu.

Graf EMAS 10 tahun kebelakangan
 “Maka, sekarang adalah waktu terbaik untuk membeli emas kerana harganya mungkin meningkat pada masa depan yang seterusnya boleh memberi pulangan terbaik kepada pengguna,” katanya.

Sumber : Harian Metro
AHMAD FARIDZAM BIN TOKIJAN
Public Gold Dealer (PG015214)
013-8184030
E-mail: azeqnda505@gmail.com

Artikel : Dinar emas lebih baik

KUALA LUMPUR: Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar AS yang semakin merosot.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya berkata, nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding dolar Amerika.

“Emas memiliki nilai pertukaran yang lebih baik berbanding nilai tukaran wang kertas.
“Sebelum ini, AS$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan AS$1,400. Ini bermakna dolar AS sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang yang nilainya merosot dengan pantas dan banyak tapi emas tiada susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya,” katanya.

“Saya akan terus menyarankan penggunaan emas dalam perdagangan antarabangsa dan emas juga adalah mod simpanan terbaik,” katanya kepada selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Kedua (2LIFE) di Kuala Lumpur, kelmarin.

Sumber : Harian Metro
AHMAD FARIDZAM BIN TOKIJAN
Public Gold Dealer (PG015214)
013-8184030
E-mail: azeqnda505@gmail.com

Wednesday 11 January 2012

Produk Emas Public Gold Yang Mana Paling Untung?

Saya baru perasan, rupa-rupanya, Emas Dinar Public Gold (PG) banyak kelebihan berbanding Gold Bar PG. Mungkin saya boleh katakan syiling emas 1 Dinar PG (ketulenan 916, berat 4.25 gram) adalah produk terbaik untuk pelaburan berbanding produk Public Gold yang lain. Cuba sahabat-sahabat bandingkan tiga (3) faktor di bawah:

Faktor #1: Kecairan Tinggi

Kecairannya lebih tinggi daripada gold bar (jongkong emas) disebabkan harganya murah. Kalau nak jual, kita lebih mudah dapat pembeli (individu) syiling 1 Dinar berbanding gold bar. Syiling dinar lebih murah berbanding gold bar disebabkan:

(1) Ketulenan lebih rendah i.e. emas 916 berbanding gold bar i.e. emas 999.9. sedangkan kedua-dua jenis emas ni memang bernilai tinggi untuk jangka panjang.

(2) Beratnya kurang berbanding gold bar. Standard berat 1 Dinar ialah 4.25gram.

Kalau nak pakai duit nanti, boleh jual syiling 1 dinar tu sikit-sikit. Tapi kalau gold bar 20 gram contohnya, memang kena jual seketul 20 gram. Tak boleh jual sikit macam syiling 1 dinar.

Faktor #2: Spreadnya Rendah, Harganya Murah

Spreadnya rendah iaitu cuma 6% - sila rujuk carta perbandingan spread emas Public Gold yang saya sediakan tu. Spreadnya sama dengan spread gold bar 20 gram yang harganya 5 kali ganda lebih tinggi, bahkan spread syiling 1 Dinar (6%) lebih rendah berbanding spread gold bar 10 gram (8%).

Spread rendah maksudnya kita akan dapat lebih CEPAT untung berbanding emas yang spreadnya tinggi. Katakanlah harga emas naik 10%, pembeli syiling 1 Dinar dah dapat untung 4% (10% - 6% spread) berbanding pembeli gold bar 10 gram yang cuma untung 2% (10% - 8% spread) jer.

Setakat yang saya perhati, bentuk syiling dinar paling banyak permintaan ialah syiling 1 dinar berbanding syiling 5 dinar dan 10 dinar, dan gold bar paling tinggi permintaan ialah gold bar 20 gram berbanding 10 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram. Gold bar 10 gram agak kurang permintaan, mungkin sebab spreadnya paling tinggi. Saya nasihatkan, daripada beli gold bar 10 gram, lebih baik beli syiling 1 dinar.

[Nota: Pengiraan spread ialah (Harga Jualan – Harga Belian) bahagi dengan Harga Jualan. Kemudian, darab dengan 100]

Faktor #3: Permintaan Lebih Tinggi

Permintaan syiling 1 Dinar lebih tinggi daripada gold bar terutamanya masa harga emas mencanak naik. Orang yang modal kecik macam student pun mampu beli syiling 1 Dinar. Emas bentuk dinar ialah antara emas pelaburan paling murah bagi sesiapa nak baru nak bermula.

Lagi satu, orang suka beli syiling 1 dinar untuk buat maskahwin ataupun hantaran. Emas dinar memang sesuai sangat untuk perkahwinan, tapi saya tak pernah dengar orang guna gold bar untuk maskahwin.

Syiling 1 Dinar PG Lebih Baik Dari Gold Bar PG

Jadi, saya syorkan sahabat-sahabat semua, jangan risau nak ‘melabur’ dalam emas walaupun modal kecik sebabnya orang yang beli 1 syiling Dinar Public Gold SAMA untungnya dengan orang beli gold bar 20 gram yang harganya jauh lebih tinggi. Kayu ukur sesuatu pelaburan ialah peratusan return on investmentnya (ROI), bukan nilai ringgitnya.

Wallahu a’lam.
 
P.S : Bagi sahabat yang mungkin berhajat untuk pajak emas tu untuk buat pusing modal bisnes ataupun untuk manipulasi bila harga emas jatuh, saya syorkan beli Barang Kemas i-series 10 gram (yang dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan) sebab mulai Mei 2011, banyak Ar-Rahnu cuma terima barang kemas jer. Emas bentuk gold bar ataupun syiling dah tak diterima untuk pajakan.

Kesimpulan:
  1. Emas bentuk 1 dinar adalah bentuk emas paling murah dan mampu milik. Harganya sekitar RM800 pada Ogos 2011.
  2. Standard syiling emas 1 dinar ialah emas berketulenan 916 (91.6% emas), berat 4.25 gram. Gold bar ialah emas berketulenan 999.9 (99.99% emas), biasanya dijual dalam bentuk 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram.
  3. Emas yang bentuknya lebih kecil akan lebih mudah dapat pembeli kalau nak jual kepada pembeli individu. Kalau nak jual balik pada pengeluar, mana-mana produk pun sama jer.
  4. Bagi pelabur yang berhajat nak gunakan teknik manipulasi pajak, produk terbaik ialah rantai tangan/ leher i-series 22k (10g, 20g, 50g, 100g) Public Gold yang dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan.

Artikel : http://www.mohdzulkifli.com/2011/09/produk-emas-public-gold-yang-mana.html?showComment=1326181140060#c2657417561622934666


Produk Public Gold di SINI

Tuesday 10 January 2012

Batu jalan hablur emas - Sumber Hmetro

Rezeki Dari-Nya
GEMBIRA...Rawi Ilias menunjukkan batu untuk membaiki jalan yang mengandungi hablur emas. 

JOHOR BAHRU: Ratusan individu bakal bergelar jutawan sekiranya puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas yang dikumpul keluarga masing-masing sejak empat hari lalu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee disahkan emas tulen.
Setakat semalam, kumpulan berkenaan tinggal selangkah lagi untuk bergelar jutawan selepas wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.

Penduduk memaklumkan, mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas berkenaan yang datang ke lokasi dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu, kelmarin.
Hasilnya, wakil berkenaan mendakwa ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu adalah emas tulen yang mempunyai gred terbaik.

Bagaimanapun, perkara itu belum ditentukan kesahihannya 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta ujian perlu dilakukan sebelum menyatakan ketulan batu berkenaan sahih diselaputi emas tulen.

Gambar hiasan

Idham Mohd Diah, 36, berkata, wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut dikatakan menempah batu kononnya mengandungi hablur emas.

“Ada penduduk yang mendakwa batu yang dikumpul mereka itu sudah ditempah pembeli emas dengan harga hingga RM15,000.

“Saya dan bapa menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu,” katanya.
Suri rumah dari Stulang, Munawarah Rashid, 29, berkata, sejak jam 10 pagi hingga 3 petang semalam, dia serta suami mengumpul 40 batu bersalut hablur dipercayai emas.

“Kami bercadang kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu berkenaan.

“Saya mendapat tahu berkaitan penemuan batu terbabit menerusi rakan yang mendakwa mengumpul 20 ketulan batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam, kelmarin.

“Sekiranya benar ia emas tulen, kami menganggapnya rezeki,” katanya.

Munawarah berkata, dia turut tahu berkaitan kesahihan yang dimaklumkan wakil kedai emas berkenaan dan berharap ia benar.

Penduduk, Mohd Diah Abdullah, 63, berkata, suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu bersalut warna keemasan terbabit.

Menurut Diah, individu pertama menemui batu itu adalah keluarga besannya, empat hari lalu.


Link artikel : http://www.hmetro.com.my/articles/Batujalanhabluremas/Article

Artikel : Bila Masa Terbaik MEMBELI Emas?

Sumber dr Bila Masa Terbaik MEMBELI Emas?


Masa emas 20 gram harga RM3,150 takut nak beli, tapi bila harga dah melepasi RM3,700, baru kelam kabut nak beli. Itulah yang saya perhati kebanyakkan sikap yang orang baru berjinak-jinak dengan emas. Nak tengok bukti harga emas naik dulu, baru nak beli. Padahal, gold historical price kita boleh cek bila-bila masa di www.kitco.com. Bahkan sejarah harga emas sejak 30 tahun lepas pun boleh tengok. Itulah dia buktinya.

Dan ramai juga bila saya cerita pasal emas, mereka ingat saya nak berniaga, nak ambik untung atas kawan. Padahal, itu semua untuk kebaikan dia. Tak nak beli dengan saya pun tak apa, beli lah dengan dealer lain. Tapi ambik la masa sikit untuk faham pentingnya simpan emas. Kalau tak penting, Kerajaan Kelantan tak akan keluarkan dinar emas pertama di Malaysia walaupun dapat banyak tentangan daripada kerajaan BN sejak tahun 2006 lagi.

Akibat Tunggu Harga Paling Rendah

Keduanya, yang paling ramai ialah yang nak tunggu harga emas jatuh baru nak beli! Ramai yang pesan pada saya "Nanti harga emas turun bagi tahu yer..". Tapi bila harga emas turun, ramai yang tak nak beli emas sebab takut turun lagi. Akhir sekali, masa emas memuncak macam hari ni (i.e. 9 Ogos 2011, harga emas melapasi USD1,750 seauns), baru ramai kelam-kabut nak beli emas, sebab takut emas naik lagi.

Lepas dah 11 bulan jadi dealer emas ni, kalau orang tanya saya bila masa terbaik beli emas? Jawab saya, bila ada duit yang tak pakai dalam masa setahun. Daripada duit tu terbiar dimakan inflasi 10% setahun, lebih baik simpan emas yang purata kenaikannya 20% setahun.

Jangan tunggu harga paling rendah sebab technical analyst paling pakar pun tak dapat buat ramalan tepat turun naiknya harga emas. Saya pernah ada pengalaman dah. Masa harga emas turun pada Januari 2011 (Hari Raya Cina), saya jual semua emas saya sebab menurut pakar analisis harga emas, emas akan turun banyak lagi. Masa tu, harga gold bar 20g RM2,980. So, saya jual kesemuanya sekitar RM2,980 - RM3,000. Habis...

Faktor 'Fundamental' Tak Siapa Boleh Jangka

Lepas raya Cina, berlaku pergolakan di Mesir dan Timur Tengah! Harga emas tak jadi turun. Ia terus, naik, naik, dan naik! Saya pun panik, dan dapat beli balik pada harga RM3,100. Saya rugi 4% (RM800 kesemuanya)! Saya terkena. Kononnya nak manipulate naik turun harga emas, tapi rugi... Nasib baik saya adalah dealer emas, kerugian tu dapat cover balik dengan komisyen jualan emas.

Satu pelajaran yang saya dapat. Jangan bermain dengan turun naik harga emas sebabnya analisis teknikal akan tersasar bila berlaku fundamental factor yang luar jangka seperti pergolakan Mesir dan timur tengah (Februari 2011), bencana alam seperti tsunami dan letupan stesen janakuasa nuklear di Fukushima (Jepun, Mac 2011) dsb. Bila semua tu berlaku, orang akan selamatkan kekayaan mereka dengan membeli emas dan harga emas akan melambung. Saya cuma perlu yakin, harga emas akan naik dalam jangka panjang. Paling kurang pun, 10 tahun lagi. Ini berdasarkan sejarah harga emas 1960 - 1980.

Dan faktor yang sangat pasti, matawang USD semakin lemah disebabkan krisis hutang Amerika Syarikat dan Negara Eropah. Bila negara-negara tu 'bangkrap', orang tak nak pakai dah duit kertas USD! Orang akan selamatkan kekayaan mereka kepada duit yang paling stabil dalam sejarah manusia iaitu emas!

Masa Terbaik Membeli Emas

So, lepas setahun perhati naik jatuh harga emas, saya tak berani buat andaian bila harga naik, bila harga turun. Nasihat saya, kalau ada duit yang tak pakai dalam masa setahun, belilah emas. Daripada simpan duit, lebih baik simpan emas. Jadikan emas sebagai sandaran kepada duit sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara di dunia sebelum tahun 1971 dulu. Setiap duit kertas yang nak dicetak, mereka akan sandarkan kepada emas.

Wallahu a'lam.
Cara LOCK harga klik Cara Lock Price dengan PG
 
AHMAD FARIDZAM BIN TOKIJAN
Public Gold Dealer (PG015214)
013-8184030
E-mail: azeqnda505@gmail.com

Artikel : Dinar Kelantan & Public Gold, Mana Lebih Baik?

Sumber dr Mohd Zulkifli Shafie


Saya dapat email dari seorang pembaca berkenan dua artikel saya sebelum ini bertajuk "Dinar Kelantan vs Dinar Public Gold" dan "Dinar Kelantan No. 1, Dinar PG No. 2" yang mungkin boleh mengelirukan. Antara dua jenis dinar tersebut, yang mana lebih baik?

Jawapan ringkas saya;

Kelebihan Dinar Public Gold

Kelebihan #1: Dinar PG lebih baik disebabkan spreadnya rendah iaitu lebih kurang 6% sahaja berbanding Dinar Kelantan yang spreadnya sekitar 10%. Ini bermaksud, keuntungan Dinar PG LEBIH CEPAT berbanding Dinar Kelantan. Jika kenaikan harga emas sebanyak 11%, maksudnya pembeli Dinar PG dah dapat untung sebanyak 5% (11% - 6%) sedangkan pembeli Dinar Kelantan cuma untung 1% (11% - 10%).

Rule ni relevan HANYA JIKA anda menjualnya balik pada PENGELUAR dinar tersebut, bukan pada pembeli di luar i.e. sesiapa individu yang nak beli melalui facebook, kawan-kawan dsb. Kalau jual pada pembeli di luar, rule ini tak terpakai. Jual beli pada pembeli di luar adalah bergantung pada DEMAND.

Kelebihan #2: Dinar PG lebih murah berbanding Dinar Kelantan. Ikut pada pemerhatian saya, harga Dinar PG sekitar 6% atas spot price (harga di graf emas), tetapi Dinar Kelantan sekitar 12% atas spot price. Lagi murah harga emas tu, lagi bagus sebab kita boleh beli kuantiti lebih banyak dengan nilai pelaburan yang sama.

Perbezaan antara "spot price" dengan harga jualan dipanggil "premium". Lagi tinggi premium, lagi tinggi lah harga emas. Lagi tinggi harganya, lagi sikitlah emas yang kita boleh beli. Untuk makluman sahabat, tak ada pengeluar emas yang jual dengan harga spot. Hanya emas 'atas kertas' macam Gold Saving Akaun jer yang jual emas pada harga spot. Sebabnya, emas fizikal ada kos tambahan seperti upah pekerja, proses minting, pengangkutan dsb.

Kelebihan #3: Dinar PG sentiasa ada stok walaupun harga emas jatuh. Kita boleh beli Dinar PG pada bila-bila masa dan di mana sahaja hampir seluruh Malaysia tak kira masa harga rendah ataupun tinggi. Ini disebabkan ia dikilangkan sendiri oleh PG di Penang, dan cawangan serta dealernya terlalu banyak di Malaysia.

Berbanding Dinar Kelantan yang selalu tak ada stok especially masa harga emas jatuh. Ini disebabkan Kelantan Golden Trade (KGT) terpaksa order dari Dubai. Lagi satu, 'dealer' Dinar Kelantan membelinya secara pukal, dan menjualnya bila harga lebih tinggi. Bila harga jatuh, biasanya mereka akan hold stok tu. So, ia rugi untuk pembeli (pelabur).

Kelebihan Dinar Kelantan

Dinar Kelantan lebih baik dari sudut DEMANDnya berbanding Dinar PG. Maksudnya, bila anda nak jual balik, ia lebih cepat dapat pembeli individu berbanding Dinar PG. Bila jual direct pada pembeli individu di luar e.g. menjual melalui facebook atau kawan-kawan, biasanya kita boleh dapat harga yang jauh lebih baik berbanding jual pada pengeluar. Kalau jual pada pengeluar, dia akan ambil kira SPREADnya (harga jual beli mengikut carta yang dikeluarkan), tapi kalau jual pada pembeli persendirian, spread tak diambil kira. Dinar Kelantan sangat famous dikalangan pembeli individu untuk dijadikan hantaran, mas kahwin ataupun koleksi sebab designnya sangat halus, cantik dan ada ukiran kalimah syahadah.

Kesimpulannya; 
  • Kalau tak nak susah-susah cari sendiri buyer bila nak jual balik dinar tu nanti, saya nasihatkan beli Dinar PG sebab ia lebih cepat dapat untung. Harga nak jual balik nanti boleh terus semak di carta yang dikeluarkan oleh pengeluar i.e. Public Gold dan Ar-Rahn Kelantan.
  • Tapi kalau rasa nak CARI PEMBELI SENDIRI untuk dapat lebih untung (melalui facebook atau tanya kawan-kawan) instead of jual pada pengeluar, saya nasihatkan beli Dinar Kelantan. Dua jenis dinar ni semuanya bagus untuk investment.
  • Dinar Kelantan lebih tinggi permintaannya sebab ia dinar paling cantik di Malaysia. Sekali tengok, mesti jatuh hati. Lagi pun, pengeluarnya ialah Kerajaan Negeri Kelantan, bukan syarikat persendirian seperti Public Gold. Dinar Kelantan lebih kepada nilai sentimental, tetapi dinar PG pure atas dasar investment.
Mudah-mudahan jawapan saya di atas sedikit sebanyak membantu pelabur emas. Jika ada apa-apa persoalan, boleh jer email atau call saya terus. InsyaAllah, saya bantu setakat yang boleh.

Wallahu a'lam.
Zulkifli
Damansara Heights
18 Julai 2011
17 Sya'ban 1432

Catatan: Spread adalah nilai diskaun yang ditetapkan oleh pengeluar emas. Lagi tinggi nilai spread, lagi lambat dapat untung sesuatu produk emas tersebut. Harga jualan balik akan mengikut harga semasa ditolak dengan nilai spread yang ditetapkan. Produk emas yang paling tinggi nilai spreadnya ialah barang kemas. Spreadnya boleh mencecah 25%!
 
Artikel : http://www.mohdzulkifli.com/2011/07/dinar-kelantan-public-gold-mana-lebih.html

Monday 9 January 2012

Apakah maksudnya? Harga emas/perak akan jatuh :)

Bisnes Dunia: Ekonomi Amerika semakin pulih

2012/01/09

Malaysia mesti perguna peluang tingkat pasaran pelbagai produk

PASARAN eksport paling penting Malaysia di negara maju, iaitu Amerika Syarikat (AS), kini menunjukkan isyarat bahawa ekonominya semakin pulih dan stabil
Pakar ekonomi berkata, tanda paling jelas yang boleh menstabilkan proses pemulihan ekonominya ialah laporan data pekerjaan barunya yang menunjukkan kadar pengangguran negara itu kini berada pada paras paling rendah bagi tempoh tiga tahun, apabila kira-kira 200,000 pencari pekerjaannya berjaya memperoleh pekerjaan.
Ini berbeza dengan kadar pengangguran negara itu yang berada paras yang tinggi sejak tiga tahun lepas sehingga ada pakar ekonomi menjangka negara itu akan terjerumus ke dalam kemelesetan yang lebih teruk.

Berikutan perkembangan itu, ia sekali gus meningkatkan petanda bahawa perbelanjaan pengguna negara itu makin meningkat.

Pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di AS, turut memantau perkembangan semasa berkenaan, khususnya paras pengangguran, yang terus kekal tinggi walaupun kemelesetan, secara teknikalnya dilihat berakhir pada musim panas 2009.

Menurut pejabat Biro Tenaga Kerja AS, lebih 200,000 pekerja telah diambil bekerja oleh syarikat di negara itu pada Disember lalu, sekali gus menurunkan kadar pengangguran kepada 8.7 peratus pada November kepada 8.5 peratus pada Disember.
Kadar peningkatan pengambilan pekerjaan pada Disember 2011 telah mengejutkan banyak pihak.

Pakar Ekonomi HSBC New York, Kevin Logan berkata, laporan Biro Tenaga Kerja AS itu menunjukkan banyak syarikat sedang mengejar sasaran pengeluaran pada 2011 yang mana ia memerlukan jumlah tenaga kerja yang ramai.

Sungguh pun begitu, pejabat MATRADE di AS mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ berhubung perkembangan semasa itu.

Perkembangan terbaru itu juga menandakan lebih ramai rakyat AS akan berpindah ke rumah baru dan meningkatkan lagi permintaan bagi mendapatkan banyak produk berasaskan keluli hingga kepada bahan pembinaan dan alat ganti elektronik dan elektrik serta komponen dan produk lain, seperti kereta, yang akan meningkatkan permintaan bagi alat ganti dan komponen automotif.
Peluang membuat pelaburan emas/perak dengan membeli komoditi dgn harga yang murah akan memaksimakan keuntungan

Beberapa pameran perdagangan di AS, yang menjadi pengukur kepada industri masing-masing, turut menunjukkan tanda peningkatan di segi tempahan bagi tempoh suku terakhir 2011, sekali gus memberi gambaran jelas bahawa ekonomi negara itu semakin pulih.

Walaupun begitu, wakil kerajaan Malaysia di AS, akur bahawa Malaysia perlu berusaha keras dan menempatkan dirinya sebagai pembekal utama produk yang pelbagai yang mana secara tradisinya banyak terjual, di pasaran AS.

“Kami tidak boleh berpeluk tubuh tetapi perlu berusaha keras untuk menjual produk kami,” kata Konsul Jeneral Malaysia di New York, Syed Mohamed Bakri Syed Abdul Rahman.

Bagaimanapun, pihak yang kurang yakin dengan perkembangan itu, mengingatkan supaya jangan ‘terlalu mengharapkan’ pemulihan segera pasaran tenaga kerja di AS.

Sesetengahnya menyatakan kewujudan permintaan berkenaan adalah kerana ia bermusim, iaitu sebelum dan semasa musim Krismas, khususnya dalam sektor peruncitan, yang akan membuang pekerja baru sebaik musim perayaan itu berakhir.

Golongan itu mengingatkan bahawa walaupun ekonomi negara itu telah mewujudkan kira-kira 1.64 juta tenaga kerja, namun ia masih kurang daripada satu perlima daripada pekerjaan yang dibuang semasa kemelesetan sebelum ini.

Ketua Federal Bank New York yang juga rakan rapat Ben Bernanke, Bill Dudley berkata, langkah seterusnya perlu diambil untuk membantu ekonomi AS kerana kadar penganggurannya ‘masih terlalu tinggi’.

Secara keseluruhannya, adalah masih terlalu awal untuk menyatakan aliran yang meningkat sekarang sama ada sebagai satu permulaan yang kukuh atau satu permulaan yang kurang sempurna. - BERNAMA 
Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BisnesDunia_EkonomiAmerikasemakinpulih/Article
Mulakan pelaburan anda dengan hubungi :

Cara LOCK harga klik Cara Lock Price dengan PG

AHMAD FARIDZAM BIN TOKIJAN
Public Gold Dealer (PG015214)
013-8184030
E-mail: azeqnda505@gmail.com

TIPS PELABURAN EMAS : Easy Payment (EPP) vs ASB Loan .. Satu analisa & Pandangan

Assalamualaikum semua,
Melihatkan tajuknya saya rasa anda automatik ingin tahu perbandingan secara calculation dan penerangan terperinci bukan. Ok kita fast forward..

Ambil loan baru bermakna nak masuk ke negative cashflow semula dan mencekik leher sendiri.

Satu pekara lagi adalah kadar faedah ASB loan pada ketika itu pada saya agak tinggi. Beza antara kadar faedah ASB Loan dengan kadar dividend ASB rasanya amat sikit sangat. Margin pulangan adalah rendah jika dibandingkan dengan risiko yang perlu diambil. Tak di tolak dengan kenaikan harga barang lagi (baca 3-4% Inflasi). Rasanya dah memang confirm memang jadi negative cashflow.
Baru-baru nie setelah kadar BLR turun saya ada terjumpa brocure ASB loan dari Maybank yang pada saya agak menarik perhatian.

 Saya banyak surf internet mengenai ASB loan ini. Ada yang pro, ada yang kontra. Ada bermacam kaedah pengiraan dan simulasi membandingkan cara menggunakan ASB Loan dengan cara simpan sendiri. Ada yang kata ASB Loan lebih untung dan ada yang kata simpan sendiri lebih untung.

Apa pandangan anda ? Simpan sendiri lebih baik atau guna ASB loan ini ?.. Jawapannya.. terserah kepada anda sendiri. Setiap orang punya matlamat dan keperluan masing-masing. Mungkin lebih baik anda simpan sendiri dan mungkin bagi yang lain adalah lebih baik menggunakan ASB loan ini.

Izinkan saya kongsikan sedikit pandangan saya. ASB Loan ini hanyalah salah satu “alat” kewangan. Dah namanya alat kita mesti tahu macam mana untuk menggunakannya. Kalau silap cara penggunaaan sesuatu alat itu mungkin akan makan tuan sendiri.

Robert Kiyosaki dan Azizi Ali ada menyatakan mengenai “Good Debt” dan “Bad Debt”. “Good Debt” adalah satu hutang yang kita ambil tetapi akan menambahkan aliran tunai kedalam poket kita manakala “Bad Debt” adalah hutang yang kita ambil tetapi hanya menyebabkan tunai keluar dari poket kita.
Dari brochure ASB Loan ini ada jadual bayaran bulanan. Dari jadual tersebut jika kita ambil contoh RM100,000 loan untuk tempoh 20 tahun bayaran bulanan adalah sebanyak RM658 sebulan.

Dalam pelaburan semestinya kita memerlukan modal. Untuk ASB loan ini, bayaran installment selama setahun saya kira sebagai modal kerana ASB hanya membayar dividen setahun sekali maka pada tahun pertama kita harus keluarkan wang dari poket sendiri. Dengan bayaran bulanan RM658 bermakna modal yang perlu adalah sebanyak RM658 x 12 bulan iaitu  RM 7,896.00

Dengan positif cashflow, bermakna installment untuk loan tersebut bagi tahun kedua dan seterusnya kita tak perlu bayar menggunakan wang poket sendiri tetapi dibayar dengan menggunakan wang dividen ASB sendiri. Setelah tamat tempoh 20 tahun nanti Sijil ASB bernilai RM100,000 akan jadi milik kita sepenuhnya. Labur RM7,896 dan 20 tahun kemudian kita dapat pulangan RM100,000 atau pun lebih kurang 13.684 kali ganda.

Jika modal RM7,896 tersebut kita masukkan dalam ASB dan biarkan keuntungannya dilaburkan semula selama 20 tahun iaitu dengan menggunakan compounding effect hasilnya adalah seperti dibawah….
 Setelah 20 tahun nilai pelaburan sebanyak RM7,896 akan menjadi RM 36,802.92 iaitu lebih kurang 4.66 kali ganda. Nampaknya melabur menggunakan ASB Loan ini memberi pulangan yang lebih tinggi tetapi harus juga kita fikirkan risikonya.

Risiko ASB Loan
High risk, High return… nak untung lebih kita mesti berani amik risiko yang lebih. Untuk ASB Loan nie ada beberapa risiko yang saya nampak:
  1. Jika kadar BLR naik menyebabkan interest loan lebih tinggi dari dividen ASB. Pelaburan ini mungkin menjadi negative cash flow.
  2. Loan ini akan masuk rekod CCRIS kita menunjukkan kita banyak hutang. Mesti jadi great paymaster biar rekod CCRIS cantik.
  3. Harus bayar loan tiap bulan jika tidak akan dikenakan late payment penalty sebanyak 1% dari jumlah tertungak. Agak banyak jugak tu.
  4. Lock in Period selama 5 tahun. Paling kurang kita mesti maintain loan ini selama 5 tahun untuk mengelakan exit fee yang agak tinggi.
Dari web site RHB exit fee adalah seperti berikut
  • First 2 years: 3% of approved loan amount ie RM3000 jika loan sebanyak 100K
  • 3rd to 5 year: 1% of approved loan amount ie RM1000 jika loan sebanyak 100K. However, No Exit fee if settled using own funds.
Fikirkanlah segala risiko sebelum menggunakan “alat ini”. Bagi saya segala risiko yang saya nyatakan di atas adalah di bawah kawalan diri kita sendiri kecuali risiko no 1. Bagi saya selagi pulangan dividen ASB boleh membayar loan tersebut ia boleh diteruskan tetapi jika merugikan baiklah kita berhentikan. Take only Good Debt.
Ingin saya nyatakan, saya hanya berkongsi analisa dan pandangan sendiri mengenai ASB Loan ini. Bukannya menggalakkan anda memohannya. Ukur dengan kemampuan dan disiplin diri sendiri serta risikonya sebelum membuat keputusan menggunaan alat ini atau tidak.
  • Tak tolak kenaikan kadar inflasi + zakat lagi..
 Kadar keuntungan ASB semakin susut

Easy Payment Purchase (EPP) membeli emas
  • Pembelian emas secara ansuran selama 4 bulan. (25% dari jumlah harga emas pada setiap bulan).
  • Contoh: Pembelian 1 Dinar beharga RM800. Kadar admin fee di caj adalah 0.5% dari RM800 iaitu RM4 sahaja.

Ok, saya bagi contoh pengiraan pembayaran EPP dengan Public Gold…..
Jika pembeli membeli ingin membeli Bar emas 10 gram…
            
            Harga sekarang         = RM1,885.00
            Admin fee 0.5%          = RM9.43
            Bayaran ansuran  pertama      = RM471.25 + RM9.43
            Bayaran bulanan kedua dan seterusnya = RM471.25
  • Jadi pada bulan pertama iaitu bulan pembelian dibuat pelanggan hanya perlu membayar amaun sebanyak:
  • RM471.25 + RM9.43 (admin fee) = RM480.68
  • Bulan berikutnya, pelanggan hanya perlu membayar RM471.25 sahaja.
  • Setelah pembayaran selesai dibuat, barulah pihak Public Gold akan memberikan emas kepada anda..
  • Mudah kan??? Sekurang-kurangnya, dapat meringankan beban pelanggan yang berminat membeli emas…

10 gram purity 999.9 (24 karat)
Kelebihan Easy Payment Purchase (EPP)
  1. Dengan modal sekitar RM400 – RM500 sebulan anda dapat memiliki sekurang-kurangnya 30 gram emas 999.9 pada setiap tahun! (Zakat emas belum dikenakan kerana masih kurang dari kadar nisab iaitu 85 gram)
  2. Kenaikan harga emas secara purata sekitar 20% setahun!
  3. Kaedah ini anda membolehkan anda bebas hutang!
  4. Kenaikan harga emas tak perlu tunggu 31 December pada setiap tahun.. Anda boleh monitor sepanjang bulan dan boleh decide nak jual balik anytime as long harga jual balik sudah melepasi harga belian anda dulu =)
  5. Suami isteri pakat seorang keluar modal RM200 – 250 seorang setiap bulan.. Lebih mudah nak beli emas ..
 Cara LOCK harga klik Cara Lock Price dengan PG

AHMAD FARIDZAM BIN TOKIJAN
Public Gold Dealer (PG015214)
013-8184030
E-mail: azeqnda505@gmail.com