Seperti yang diketahui, AS mempunyai hutang awam dan persendirian
yang sentiasa berganda sejak 1995. Pada 2003 hutang berkenaan berjumlah
A$34 trilion (AS$34,000,000,000,000) atau RM124,000,000,000,000). Hutang
di AS berkembang lebih pesat berbanding pendapatan.
Rakyat Amerika mampu hidup mewah melebihi kemampuannya bukan
disebabkan ketekunan mereka bekerja tetapi mereka bergantung kepada mata
wang dolar mereka. Selagi seluruh dunia mempunyai keyakinan terhadap
dolar sebagai matawang rizab dunia, selagi itulah mereka hidup
bermewah-mewah.
Jika seorang pekerja bekerja dan menyimpan titik peluhnya dalam
bentuk matawang, ianya tidak selamat kerana mudah di spekulasikan.
Contohnya bulan ini RM30 mungkin boleh membeli seguni beras, setelah
dispekulasikan mungkin nilainya sekadar separuh guni beras sahaja.
Begitulah cara sistem dunia mengaut keuntungan dan mencuri titik peluh
seseorang.
Sebagai jalan selamat, kita perlu
menggunakan Dinar Emas. Umat Islam boleh mencapai banyak kejayaan, jika
menggunakan dinar emas Islam sebagai matawang untuk perdagangan
antarabangsa. Dinar emas tidak mudah untuk dispekulasikan menjadikan
pihak Barat sukar untuk mencuri titik peluh 1.5 bilion umat Islam.
Kekayaan umat Islam boleh disatukan dalam satu matawang sendiri.
Dinar emas sebenarnya lebih berkuasa berbanding senjata nuklear,
kerana dinar emas mampu meranapkan dan meruntuhkan mana-mana empayar
yang sombong dan angkuh seperti AS. Sebagai contohnya Kesatuan Soviet
tidak tumbang melalui peperangan tetapi melalui senjata ekonomi oleh AS.
Masalahnya 50 negara Islam ini belum mampu lagi bersatu. Negara -negara
Arab masih lagi setia kepada Amerika. Arab Saudi adalah negara kaya
dengan sumber semula jadi dan mempunyai dana yang banyak, malangnya dana
itu digunakan untuk mengukuhkan dolar AS. Mereka inilah yang menjadi
masalah kepada umat Islam.
Tindakan AS memberi bantuan dan pinjaman kepada negara-negara Arab
membelenggu kebebasan mereka. Sikap para pemimpin Arab yang terlalu
tamak dengan kuasa dan material mengakibatkan dunia Islam sukar membuat
keputusan untuk kepentingan bersama.
Mesir boleh dijadikan contoh di mana AS berjaya melunturkan negara
yang dianggap penting dalam Liga Arab hanya dengan bantuan sebanyak AS$2
billon setiap tahun.
Sungguhpun bangsa Arab dikebali dengan sifat degil tetapi perasaan
takut kehilangan kuasa dan kekayaan mengalahi segala-galanya.
Pemimpin-pemimpin negara Arab Saudi, Mesir, Qatar, Kuwait, Jordan dan
Maghribi adalah penyokong kuat AS. Mereka menjadi masalah kepada umat
Islam terutama dalam membuat keputusan.
Kita harus membebaskan diri dari cengkaman AS. Seperti yang
diketahui, AS adalah negara yang banyak mencaturkan politik dunia. Di
Afganistan contohnya, setelah kejatuhan Taliban terdapat usaha untuk
merosakkan generasi muda Afghan. Penyebaran VCD lucah berleluasa, gejala
penagihan arak dan kemudahan penanaman ganja yang tidak terkawal.
Mereka juga mewujudkan pub-pub dan kafe siber yang membekalkan
bahan-bahan lucah untuk meruntuhkan akhlak generasi muda Afganistan.
Kemelaratan hidup penduduk di negara Afrika juga berpunca dari
mereka. Sebenarnya negara-negara Afrika boleh berkembang dan maju
seperti negara lain. Dasar Barat terhadap Afrika menyekat ianya berlaku.
Ini kerana mereka ingin membenarkan sistem perhambaan oleh nenek moyang
mereka dahulu, bagi memperlihatkan kepada dunia bahawa generasi Afrika
di Barat lebih beruntung berbanding di tempat asal mereka.
Kesimpulannya Negara -negara Islam perlu menyokong penggunaan Dinar
Emas kerana ia lebih berkuasa daripada senjata nuklear. Penggunaan Dinar
Emas juga dapat memajukan dan membebaskan ummah dari belenggu
kemiskinan. Masalah utama untuk merealisasikan Dinar Emas adalah rasuah
politik negara Barat. Pemimpin-pemimpin negara Barat perlu membebaskan
diri dari rasuah politik kerana ia adalah kesenangan yang bersifat
sementara. Sejarah telah membuktikan sekatan ekonomi AS telah memajukan
Iran, dan sejarah juga telah membuktikan mereka yang menerima rasuah
politik dari Barat hidup dalam kehinaan.
Sumber : HarakahDaily.net
E-mail: azeqnda505@gmail.com
No comments:
Post a Comment