Sunday 8 January 2012

FAQ: Pelaburan Jongkong Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dalam artikel yang lepas saya telah menghuraikan dengan panjang lebar tiga sebab mengapa logam perak patut dipertimbangkan sebagai tambahan kepada portfolio pelaburan komoditi seperti emas. 

Tiga sebab tersebut adalah inflasi, kegunaan perak dan kemunculan dua kuasa ekonomi baru. Berikut adalah soalan yang seringkali ditanyakan kepada saya.
Salah satu daripada simpanan saya, jongkong perak keluaran Public Silver

Soalan 1: Di mana perak boleh dibeli pada kos murah kalau boleh?
Jawapan: Dengan kadar kos termurah per gram anda boleh membeli jongkong perak keluaran Public Silver.

Soalan 2: Untungkah kalau di simpan begitu sahaja?
Jawapan: Mengikut carta-carta harga perak telah meningkat 8 kali ganda sejak 2002 dan lebih 120% dalam tempoh satu tahun (2010-2011) . Tetapi ini cuma berdasarkan sejarah carta atau rekod harga. Yang perlu kita tahu adalah jika keadaan ekonomi stabil – permintaan untuk pelaburan dan perindustrian sangat tinggi untuk perak, kenaikan harga melambangkan permintaan.


Soalan 3: Berapa harganya sekarang atau apakah trend harga ikut jangka masa pilihan kita?
Jawapan: Harga perak berubah dari masa ke semasa, lihat sendiri di sebelah kanan website saya harga 100 gram, 250 gram, 500 gram & 1 kilogram. Untuk trend harga perak boleh lihat sendiri bukti di www.kitcosilver.com


Soalan 4: Apa itu bullion?
Jawapan: Istilah untuk jongkong (bar) perak dan silver perak.

Soalan 5: Boleh dipercayai atau tidak ramalan bahawa harganya boleh naik sampai USD200 per oz?
Jawapan: Sekali lagi kita rujuk sejarah dan matematik trading. Pada pasaran bull 1960-1980, harga perak meningkat 50 kali ganda. Dalam jangka masa 2002 -2011, harganya meningkat sebanyak 8 kali ganda (harga semasa dalam lingkungan $32). Mengikut prinsip charting harga perak ada 5 kali ganda ruang untuk naik, maka ramalannya 42 x 5 adalah lebih kurang $220. Ingat ini semua ramalan berdasarkan fakta sejarah yang ada.

Soalan 6: Berapa lama patut disimpan (hold) sebelum boleh dijual semula?
Jawapan: Perak adalah pelaburan jangka masa panjang. Ada pakar mencadangkan supaya ia disimpan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan yang memuaskan. Istilah jangka masa panjang, jangka masa pendek berbeza-beza antara bangsa dan budaya kaum-kaum di dunia. Satu soalan yang bukan mudah dijawab dalam satu artikel.

 Public Silver mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Record. First locally manufactured bullion silver bar di Malaysia

 Spread (Susut Nilai) Jongkong Perak Keluaran Public Silver:
  1. 1 kilogram – 12%
  2. 500 gram – 13%
  3. 250 gram – 14%
  4. 100 gram – 15%
100 gram, 250 gram, 500 gram & 1 kilogram
 
Semakin berat anda beli, semakin kecil nilai spread (susut nilai). Jika anda berminat membeli jongkong perak anda boleh menggunakan cara Easy Payment. Hubungi saya di 013-8184030 untuk membeli jongkong perak pertama anda!
Cara LOCK harga klik Cara Lock Price dengan PG
AHMAD FARIDZAM BIN TOKIJAN
Public Gold Dealer (PG015214)
013-8184030
E-mail: azeqnda505@gmail.com
 



No comments:

Post a Comment