Assalamualaikum semua,
Melihatkan tajuknya saya rasa anda
automatik ingin tahu perbandingan secara calculation dan penerangan
terperinci bukan. Ok kita fast forward..
Satu pekara lagi adalah kadar faedah ASB loan pada ketika itu pada saya
agak tinggi. Beza antara kadar faedah ASB Loan dengan kadar dividend ASB
rasanya amat sikit sangat. Margin pulangan adalah rendah jika
dibandingkan dengan risiko yang perlu diambil. Tak di tolak dengan
kenaikan harga barang lagi (baca 3-4% Inflasi). Rasanya dah memang confirm memang jadi negative cashflow.
Baru-baru nie setelah kadar BLR turun saya ada terjumpa brocure ASB loan dari Maybank yang pada saya agak menarik perhatian.
Saya banyak surf internet mengenai ASB loan ini. Ada yang pro, ada yang
kontra. Ada bermacam kaedah pengiraan dan simulasi membandingkan cara
menggunakan ASB Loan dengan cara simpan sendiri. Ada yang kata ASB Loan
lebih untung dan ada yang kata simpan sendiri lebih untung.
Apa pandangan anda ? Simpan sendiri
lebih baik atau guna ASB loan ini ?.. Jawapannya.. terserah kepada anda
sendiri. Setiap orang punya matlamat dan keperluan masing-masing.
Mungkin lebih baik anda simpan sendiri dan mungkin bagi yang lain adalah
lebih baik menggunakan ASB loan ini.
Izinkan saya kongsikan sedikit pandangan
saya. ASB Loan ini hanyalah salah satu “alat” kewangan. Dah namanya
alat kita mesti tahu macam mana untuk menggunakannya. Kalau silap cara
penggunaaan sesuatu alat itu mungkin akan makan tuan sendiri.
Robert Kiyosaki dan Azizi Ali ada menyatakan mengenai “Good Debt” dan
“Bad Debt”. “Good Debt” adalah satu hutang yang kita ambil tetapi akan
menambahkan aliran tunai kedalam poket kita manakala “Bad Debt” adalah
hutang yang kita ambil tetapi hanya menyebabkan tunai keluar dari poket
kita.
Dari brochure ASB Loan ini ada jadual bayaran bulanan. Dari jadual tersebut jika kita ambil contoh RM100,000 loan untuk tempoh 20 tahun bayaran bulanan adalah sebanyak RM658 sebulan.
Dalam pelaburan semestinya kita
memerlukan modal. Untuk ASB loan ini, bayaran installment selama setahun
saya kira sebagai modal kerana ASB hanya membayar dividen setahun
sekali maka pada tahun pertama kita harus keluarkan wang dari poket
sendiri. Dengan bayaran bulanan RM658 bermakna modal yang perlu adalah sebanyak RM658 x 12 bulan iaitu RM 7,896.00
Dengan positif cashflow, bermakna
installment untuk loan tersebut bagi tahun kedua dan seterusnya kita tak
perlu bayar menggunakan wang poket sendiri tetapi dibayar dengan
menggunakan wang dividen ASB sendiri. Setelah tamat tempoh 20 tahun
nanti Sijil ASB bernilai RM100,000 akan jadi milik kita sepenuhnya.
Labur RM7,896 dan 20 tahun kemudian kita dapat pulangan RM100,000 atau
pun lebih kurang 13.684 kali ganda.
Jika modal RM7,896 tersebut kita
masukkan dalam ASB dan biarkan keuntungannya dilaburkan semula selama 20
tahun iaitu dengan menggunakan compounding effect hasilnya adalah
seperti dibawah….
Setelah 20 tahun nilai pelaburan sebanyak RM7,896 akan menjadi RM
36,802.92 iaitu lebih kurang 4.66 kali ganda. Nampaknya melabur
menggunakan ASB Loan ini memberi pulangan yang lebih tinggi tetapi harus
juga kita fikirkan risikonya.
High risk, High return… nak untung lebih
kita mesti berani amik risiko yang lebih. Untuk ASB Loan nie ada
beberapa risiko yang saya nampak:
- Jika kadar BLR naik menyebabkan interest loan lebih tinggi dari dividen ASB. Pelaburan ini mungkin menjadi negative cash flow.
- Loan ini akan masuk rekod CCRIS kita menunjukkan kita banyak hutang. Mesti jadi great paymaster biar rekod CCRIS cantik.
- Harus bayar loan tiap bulan jika tidak akan dikenakan late payment penalty sebanyak 1% dari jumlah tertungak. Agak banyak jugak tu.
- Lock in Period selama 5 tahun. Paling kurang kita mesti maintain loan ini selama 5 tahun untuk mengelakan exit fee yang agak tinggi.
- First 2 years: 3% of approved loan amount ie RM3000 jika loan sebanyak 100K
- 3rd to 5 year: 1% of approved loan amount ie RM1000 jika loan sebanyak 100K. However, No Exit fee if settled using own funds.
Fikirkanlah segala risiko sebelum
menggunakan “alat ini”. Bagi saya segala risiko yang saya nyatakan di
atas adalah di bawah kawalan diri kita sendiri kecuali risiko no 1.
Bagi saya selagi pulangan dividen ASB boleh membayar loan tersebut ia
boleh diteruskan tetapi jika merugikan baiklah kita berhentikan. Take only Good Debt.
Ingin saya nyatakan, saya hanya
berkongsi analisa dan pandangan sendiri mengenai ASB Loan ini. Bukannya
menggalakkan anda memohannya. Ukur dengan kemampuan dan disiplin diri
sendiri serta risikonya sebelum membuat keputusan menggunaan alat ini
atau tidak.
- Tak tolak kenaikan kadar inflasi + zakat lagi..
Kadar keuntungan ASB semakin susut
Easy Payment Purchase (EPP) membeli emas
- Pembelian emas secara ansuran selama 4 bulan. (25% dari jumlah harga emas pada setiap bulan).
- Contoh: Pembelian 1 Dinar beharga RM800. Kadar admin fee di caj adalah 0.5% dari RM800 iaitu RM4 sahaja.
Ok, saya bagi contoh pengiraan pembayaran EPP dengan Public Gold…..
Jika pembeli membeli ingin membeli Bar emas 10 gram…
Harga sekarang = RM1,885.00
Admin fee 0.5% = RM9.43
Bayaran ansuran pertama = RM471.25 + RM9.43
Bayaran bulanan kedua dan seterusnya = RM471.25
- Jadi pada bulan pertama iaitu bulan pembelian dibuat pelanggan hanya perlu membayar amaun sebanyak:
- RM471.25 + RM9.43 (admin fee) = RM480.68
- Bulan berikutnya, pelanggan hanya perlu membayar RM471.25 sahaja.
- Setelah pembayaran selesai dibuat, barulah pihak Public Gold akan memberikan emas kepada anda..
- Mudah kan??? Sekurang-kurangnya, dapat meringankan beban pelanggan yang berminat membeli emas…
10 gram purity 999.9 (24 karat)
Kelebihan Easy Payment Purchase (EPP)
- Dengan modal sekitar RM400 – RM500 sebulan anda dapat memiliki sekurang-kurangnya 30 gram emas 999.9 pada setiap tahun! (Zakat emas belum dikenakan kerana masih kurang dari kadar nisab iaitu 85 gram)
- Kenaikan harga emas secara purata sekitar 20% setahun!
- Kaedah ini anda membolehkan anda bebas hutang!
- Kenaikan harga emas tak perlu tunggu 31 December pada setiap tahun.. Anda boleh monitor sepanjang bulan dan boleh decide nak jual balik anytime as long harga jual balik sudah melepasi harga belian anda dulu =)
- Suami isteri pakat seorang keluar modal RM200 – 250 seorang setiap bulan.. Lebih mudah nak beli emas ..
013-8184030
E-mail: azeqnda505@gmail.com
SUMBER : http://www.publicgoldsarawak.com
No comments:
Post a Comment