Monday 9 January 2012

Apakah maksudnya? Harga emas/perak akan jatuh :)

Bisnes Dunia: Ekonomi Amerika semakin pulih

2012/01/09

Malaysia mesti perguna peluang tingkat pasaran pelbagai produk

PASARAN eksport paling penting Malaysia di negara maju, iaitu Amerika Syarikat (AS), kini menunjukkan isyarat bahawa ekonominya semakin pulih dan stabil
Pakar ekonomi berkata, tanda paling jelas yang boleh menstabilkan proses pemulihan ekonominya ialah laporan data pekerjaan barunya yang menunjukkan kadar pengangguran negara itu kini berada pada paras paling rendah bagi tempoh tiga tahun, apabila kira-kira 200,000 pencari pekerjaannya berjaya memperoleh pekerjaan.
Ini berbeza dengan kadar pengangguran negara itu yang berada paras yang tinggi sejak tiga tahun lepas sehingga ada pakar ekonomi menjangka negara itu akan terjerumus ke dalam kemelesetan yang lebih teruk.

Berikutan perkembangan itu, ia sekali gus meningkatkan petanda bahawa perbelanjaan pengguna negara itu makin meningkat.

Pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di AS, turut memantau perkembangan semasa berkenaan, khususnya paras pengangguran, yang terus kekal tinggi walaupun kemelesetan, secara teknikalnya dilihat berakhir pada musim panas 2009.

Menurut pejabat Biro Tenaga Kerja AS, lebih 200,000 pekerja telah diambil bekerja oleh syarikat di negara itu pada Disember lalu, sekali gus menurunkan kadar pengangguran kepada 8.7 peratus pada November kepada 8.5 peratus pada Disember.
Kadar peningkatan pengambilan pekerjaan pada Disember 2011 telah mengejutkan banyak pihak.

Pakar Ekonomi HSBC New York, Kevin Logan berkata, laporan Biro Tenaga Kerja AS itu menunjukkan banyak syarikat sedang mengejar sasaran pengeluaran pada 2011 yang mana ia memerlukan jumlah tenaga kerja yang ramai.

Sungguh pun begitu, pejabat MATRADE di AS mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ berhubung perkembangan semasa itu.

Perkembangan terbaru itu juga menandakan lebih ramai rakyat AS akan berpindah ke rumah baru dan meningkatkan lagi permintaan bagi mendapatkan banyak produk berasaskan keluli hingga kepada bahan pembinaan dan alat ganti elektronik dan elektrik serta komponen dan produk lain, seperti kereta, yang akan meningkatkan permintaan bagi alat ganti dan komponen automotif.
Peluang membuat pelaburan emas/perak dengan membeli komoditi dgn harga yang murah akan memaksimakan keuntungan

Beberapa pameran perdagangan di AS, yang menjadi pengukur kepada industri masing-masing, turut menunjukkan tanda peningkatan di segi tempahan bagi tempoh suku terakhir 2011, sekali gus memberi gambaran jelas bahawa ekonomi negara itu semakin pulih.

Walaupun begitu, wakil kerajaan Malaysia di AS, akur bahawa Malaysia perlu berusaha keras dan menempatkan dirinya sebagai pembekal utama produk yang pelbagai yang mana secara tradisinya banyak terjual, di pasaran AS.

“Kami tidak boleh berpeluk tubuh tetapi perlu berusaha keras untuk menjual produk kami,” kata Konsul Jeneral Malaysia di New York, Syed Mohamed Bakri Syed Abdul Rahman.

Bagaimanapun, pihak yang kurang yakin dengan perkembangan itu, mengingatkan supaya jangan ‘terlalu mengharapkan’ pemulihan segera pasaran tenaga kerja di AS.

Sesetengahnya menyatakan kewujudan permintaan berkenaan adalah kerana ia bermusim, iaitu sebelum dan semasa musim Krismas, khususnya dalam sektor peruncitan, yang akan membuang pekerja baru sebaik musim perayaan itu berakhir.

Golongan itu mengingatkan bahawa walaupun ekonomi negara itu telah mewujudkan kira-kira 1.64 juta tenaga kerja, namun ia masih kurang daripada satu perlima daripada pekerjaan yang dibuang semasa kemelesetan sebelum ini.

Ketua Federal Bank New York yang juga rakan rapat Ben Bernanke, Bill Dudley berkata, langkah seterusnya perlu diambil untuk membantu ekonomi AS kerana kadar penganggurannya ‘masih terlalu tinggi’.

Secara keseluruhannya, adalah masih terlalu awal untuk menyatakan aliran yang meningkat sekarang sama ada sebagai satu permulaan yang kukuh atau satu permulaan yang kurang sempurna. - BERNAMA 
Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BisnesDunia_EkonomiAmerikasemakinpulih/Article
Mulakan pelaburan anda dengan hubungi :

Cara LOCK harga klik Cara Lock Price dengan PG

AHMAD FARIDZAM BIN TOKIJAN
Public Gold Dealer (PG015214)
013-8184030
E-mail: azeqnda505@gmail.com

No comments:

Post a Comment